Pada 18 May 2026 telah berlangsung satu sesi perkongsian ilmu dan networking usahawan bersama Founder Ahmad Fried Chicken, En. Taufik, yang diadakan di ruang kreatif milik syarikat baharu beliau iaitu Marketing Mafia anjuran KOPERTUNAS

Majlis bermula sekitar jam 2.30 petang dengan sesi networking santai melibatkan seramai 12 orang usahawan daripada pelbagai latar belakang industri. Setiap peserta diberikan peluang memperkenalkan diri, berkongsi bisnes yang sedang dijalankan serta membincangkan potensi kolaborasi yang boleh diwujudkan pada masa hadapan. Suasana yang santai tetapi penuh nilai ini membuka ruang kepada pertukaran idea, pengalaman dan peluang jaringan strategik sesama usahawan.

SESI PERKONGSIAN

Sesi diteruskan dengan perkongsian inspirasi daripada En. Taufik mengenai perjalanan beliau dalam dunia perniagaan. Beliau menceritakan bagaimana segalanya bermula secara kecil-kecilan apabila beliau dan isteri menjual kek dari rumah. Dari situ, mereka mula membina jenama cookies sendiri yang akhirnya mencipta fenomena luar biasa ketika pandemik COVID-19 dengan jumlah jualan mencecah RM21 juta.

Namun perjalanan seorang usahawan tidak sentiasa mudah. En. Taufik turut berkongsi cabaran yang berlaku dalam syarikat terdahulu sehingga membawa kepada keputusan untuk memulakan semula perniagaan dari bawah. Dengan modal permulaan sekitar RM20,000, beliau membangunkan Ahmad Fried Chicken sebagai jenama baharu yang lebih fokus dan dekat dengan pasaran.

Menurut beliau, perniagaan Ahmad Fried Chicken pada awalnya hanya menggunakan konsep wagon kecil. Walaupun bermula sederhana, jualan harian yang mencecah sekitar RM6,000 hingga RM8,000 sehari memberikan keyakinan untuk beliau mengembangkan lagi operasi perniagaan tersebut secara agresif.

Hari ini, Ahmad Fried Chicken telah berkembang kepada lebih 40 outlet di seluruh negara dengan valuation syarikat yang dianggarkan mencecah RM68 juta. Pencapaian ini membuktikan bahawa disiplin, keberanian untuk bangkit semula dan kefahaman terhadap pasaran mampu membawa sesuatu jenama berkembang dengan sangat pantas.

MAKAN AHMAD BURGER YANG SEDAP

Pihak penganjur juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Taufik dan seluruh pasukan Ahmad Fried Chicken serta Marketing Mafia atas kesudian menerima kunjungan dan berkongsi pengalaman yang sangat bermanfaat kepada semua peserta.

Semoga sesi seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha memperkukuhkan jaringan usahawan dan membina lebih banyak kolaborasi strategik.

Jumpa lagi di sesi seterusnya!